Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Rabu

UNIT 6: AL-'ALIM: (ALLAH MAHA MENGETAHUI)

MAKSUD ALLAH BERSIFAT AL-'ALIM
  • Al-'alim bermaksud Allah Maha Mengetahui.
  • Allah mengetahui segala-galanya tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi daripada ilmu Allah. Allah mengetahui secara terperinci setiap ciptaanNya seperti Allah mengetahui ikan ikan yang berenang di dasar lautan  luas, binatang di hutan tebal dan logam yang tertanam di perut bumi. Allah juga mengetahui semua aktiviti manusia. Setiap tutur kata dan perkara yang terlintas di hati diketahui oleh Allah.
PERBEZAAN ILMU ALLAH DAN ILMU MANUSIA

Ilmu Allah
  • Ilmu Allah meliputi semua perkara, tidak ada sesuatu perkara yang tersembunyi daripada pengetahuan Allah.
  • Ilmu Allah mutlak dan tidak bergantung kepada masa. Allah mengetahui sejarah perkembangan kehidupan manusia di alam ini sama ada yang sedang berlaku atau akan berlaku.
  • Ilmu Allah tidak memerlukan kajian kerana Allah mencipta segala-galanya.
  • Allah mengetahui perkara ghaib, malah tidak ada sesuatu yang ghaib bagi Allah
Ilmu Manusia
  • Ilmu manusia amat terbatas. Seseorang yang pakar dalam sesuatu bidang tidak pakar dalam bidang yang lain. Contohnya seseorang yang pakar dalam bidang kejuruteraan tetapi dia tidak pakar dalam bidang perubatan.
  • Kepakaran manusia bermula dengan kejahilan. Setelah belajar dan membuat kajian bertahun-tahun barulah dia mendapat sedikit kepakaran dalam sesuatu yang dikajinya.
  • Pengetahuan manusia bergantung kepada sejauh mana kebolehannya mendapat maklumat. Manusia boleh mengkaji bulan dengan teleskop, menyelam ke dasar lautan untuk menggali petroleum dan mengesan virus yang membiak menggunakan mikroskop.
  • Ilmu manusia tidak dapat menjangkau ke alam ghaib seperti alam barzakh dan akhirat.
KESAN BERIMAN DENGAN AL-ALIM
  1. Seseorang itu akan menjadi jujur dan sentiasa berasa diperhatikan oleh Allah.
  2. Takut untuk melakukan dosa.
  3. Sentiasa melakuka kebaikan walaupun kebaikan itu kecil.
  4. Orang yang berilmu akan sentiasa merendah diri.
Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 137:

وهو السميع العليم
Maksudnya: Dialah Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

AMALAN YANG BERTENTANGAN DENGAN SIFAT AL-ALIM
  • Belajar secara sambil lewa.
  • Bersikap takbur dan sombong apabila memiliki ilmu.
  • Tidak jujur dalam melakukan kebaikan.
  • Memandang ringan terhdap dosa dan kemungkaran.
  • Tidak suka memberi sumbangan ilmu dan kemahiran untuk orang lain.

7 ulasan:

Shah berkata...

Baguss, teruskan lagi Ilmu ini :) terima kasih
Semoga PT3 Saya lulus,Amin~~

Unknown berkata...

Bagus... Teruskan tentang ilmu ini,harap upkk saya lulus

Unknown berkata...

Terima kasih semoga PT3 saya straight A tahun ni

Unknown berkata...

Semoga ujian akhir tahun sya lulus thun ni

Unknown berkata...

baguss

Unknown berkata...

mantap

Unknown berkata...

Walaupun sudah tahun 2022, nota ini tetap bermanfaat 1

Catat Ulasan