DEFINISI AR- RAHMAN
Maksud Allah Maha Pemurah ialah Allah mengurniakan
pelbagai nikmat & rezeki kepada semua makhluk tanpa mengira sama ada mereka
mukmin atau kafir.
DALIL NAQLI ALLAH BERSIFAT AL-RAHMAN
Firman Allah :
......... هو
الرحمن الرحيم
BUKTI ALLAH
BERSIFAT AL-RAHMAN
1. Mencipta seluruh alam seperti
langit, bumi, matahari, bulan, bintang, tumbuh-tumbuhan serta diri kita sendiri
2. Mengurniakan akal
kepada manusia untuk mentadbir alam
& Membezakan perkara baik
dengan buruk
3. Memberikan rezeki untuk memenuhi keperluan hidup di dunia
4. Memberikan tubuh badan
yang sihat untuk menjalani kehidupan dengan sempurna
5. Mengutuskan rasul dan al-Quran sebagai panduan hidup untuk memperolehi kebahagiaan hidup dunia & akhirat
KESAN BERIMAN DENGAN SIFAT AL-RAHMAN ALLAH DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
1. Bersyukur kepada Allah
2. Sentiasa merendah diri dan tidak riak
3. Menjadi hamba Allah yang pemurah
4. Tekun berusaha mencari keredhaan Allah
5. Merasa kasihan belas kepada orang susah
6. Berkasih sayang sesama makhluk
PERBEZAAN ANTARA PERMURAH ALLAH DENGAN PEMURAH MANUSIA:
SIFAT PEMURAH ALLAH
1.Pemberian Allah S.W.T. tiada batasan
2.Diberikan kepada semua hamba-Nya tanpa mengira Islam atau
kafir, seperti : nikmat kesihatan dan kekayaan
3.Tujuan Allah memberi untuk menguji keimanan manusia
4.Pemberian Allah meliputi kebaikan di dunia
& di akhirat
SIFAT PEMURAH MANUSIA
1.Pemberian manusia terbatas
2.Diberikan kepada orang tertentu mengikut kemampuan
& kehendak
3.Tujuan manusia memberi adalah untuk mendapat manfaat
& balasan ( kebiasaannya)
4.Pemberian manusia meliputi kebaikan di dunia sahaja
1 ulasan:
Salam boleh beri rujukan untuk ulasan diatas
Catat Ulasan