Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Rabu

UNIT 2 : AL -WAHID (ALLAH MAHA ESA)

MAKSUD ALLAH BERSIFAT AL -WAHID


  •   Allah bersifat dengan Al-Wahid iaitu Maha Esa. Maha Esa Allah meliputi zat, sifat dan af’al .
  •   Maha Esa pada zat bermaksud bahawa Allah tidak ada perkongsian dlm memerintah & mentadbir seluruh alam, malah semua urusan dilaksanakan oleh Allah secara bersendirian. 
  •   Maha Esa pada sifat bermaksud bahawa Allah bersifat dgn sifat kesempurnaan berbeza dgn makhluk yg bersifat lemah.
  •  Maha Esa pada af’al (perbuatan) bermaksud bahawa tiada seorang pun yg boleh menyerupai perbuatan Allah. Allah sahaja yg boleh memberi rezeki, menentukan siang & malam dan sebagainya.




 KESAN BERIMAN KEPADA ALLAH YANG BERSIFAT AL-WAHID 

  Dari segi akidah :

  1.  Bersih drpd perbuatan syirik dan khurafat
  2.  Reda menerima ketentuan Allah.
  3.  Yakin dgn pembalasan syurga dan neraka.


  Dari segi ibadah  :


  1.   Mengerjakan ibadah dgn ikhlas tanpa riak.
  2.   Melakukan pekerjaan utk mendapat keredaan Allah.
  3.   Berkasih sayang sesama insan tanpa ada kepentingan.

  
  Dari segi akhlak : 


  1.  Ikhlas dlm setiap pekerjaan kerana Allah.
  2.  Mendisiplinkan diri dlm kehidupan. 
  3.  Menghormati ibu bapa, guru & anggota masyarakat. 


 CIRI-CIRI AMALAN YANG BERLAWANAN DENGAN SIFAT AL-WAHID


  •   Melakukan ibadah bukan kerana Allah.
  •   Melakukan perkara syirik spt menyembah berhala, bertenung nasib dan memuja syaitan.
  •   Menjalankan undang-undang dan peraturan yang bercanggah dengan syariat Allah.

0 ulasan:

Catat Ulasan