Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Rabu

TINGKATAN 4: TUNTUTAN TAUBAT

TUNTUTAN TAUBAT



PENGERTIAN TAUBAT

Dari segi bahasa: kembali
Istilah : Iaitu kembali semula taat kepada Allah setelah menyesal melanggar perintah Allah atau larangan-Nya.

Pendapat ulama mengenai taubat:

  1. Wajib bertaubat bagi mereka yang melakukan dosa
  2.   Taubat tidak boleh dilakukan melalui perantaraan tetapi hendaklah memohon secara langsung kepada Allah SWT.


HUKUM BERTAUBAT


Hukum Bertaubat Wajib bagi mereka yang telah melakukan dosa.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا
Ertinya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat yang bersungguh-sungguh”. (Al Tahrim:8)


إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
Ertinya: Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang banyak taubat dan orang yang banyak menyucikan diri. (Surah al-baqarah:222)


فَمَنْ تَابَ مِنْ بَعْدِ ظُلْمِهِ وَأَصْلَحَ فَإِنَّ اللَّهَ يَتُوبُ عَلَيْهِ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Maksudnya : barangsiapa yang bertaubat sesudah melakukan kejahatan, lalu memilih jalan yang lurus maka sesungguhnya Allah SWT maha pengampun lagi maha penyayang. (surah Al- Maidah:39).
(manusia adalah hamba allah s.w.t yang lemah dan sentiasa melakukan kesilapan atau kesalahan sehingga melakukan pelbagai kemungkaran sama asa dosa kecil mahupun dosa besar. Maka sebaik-baik orang yang bersalah ialah orang yang bertaubat).

Sebagai muslim kita hendaklah sentiasa beristighfar dan memohon keampunan allah s.w.t maha mengasihi hambanya yang bertaubat.sesungguhnya nabi Muhammad s.a.w beristighfar tidak kurang 100 kali sehari semalam.


SYARAT-SYARAT TAUBAT

  1.  Menyesal terhadap maksiat yang dilakukan
  2. Berhenti melakukan maksiat dengan segera
  3. Berazam tidak akan mengulangi lagi
  4. Berterus terang memohon maaf jika berkaitan dengan hak orang lain

HIKMAH TAUBAT






3 ulasan:

STRONG HER berkata...

nak video url boleh x. mcm mnenk ambil url

Unknown berkata...

terima kasih sangat berguna bagi saya

udelacagley berkata...

Harrah's Lake Tahoe - MapyRO
The 포항 출장샵 location and contact 동해 출장마사지 information 전주 출장안마 for Harrah's Lake Tahoe are:. 777 Harrah's Blvd 아산 출장마사지 South 정읍 출장안마 Lake Tahoe, Stateline, NV, 89449, USA.

Catat Ulasan