Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Rabu

TINGKATAN 4: TUNTUTAN TAUBAT

TUNTUTAN TAUBAT



PENGERTIAN TAUBAT

Dari segi bahasa: kembali
Istilah : Iaitu kembali semula taat kepada Allah setelah menyesal melanggar perintah Allah atau larangan-Nya.

Pendapat ulama mengenai taubat:

  1. Wajib bertaubat bagi mereka yang melakukan dosa
  2.   Taubat tidak boleh dilakukan melalui perantaraan tetapi hendaklah memohon secara langsung kepada Allah SWT.


HUKUM BERTAUBAT


Hukum Bertaubat Wajib bagi mereka yang telah melakukan dosa.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا
Ertinya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat yang bersungguh-sungguh”. (Al Tahrim:8)


إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
Ertinya: Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang banyak taubat dan orang yang banyak menyucikan diri. (Surah al-baqarah:222)


فَمَنْ تَابَ مِنْ بَعْدِ ظُلْمِهِ وَأَصْلَحَ فَإِنَّ اللَّهَ يَتُوبُ عَلَيْهِ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Maksudnya : barangsiapa yang bertaubat sesudah melakukan kejahatan, lalu memilih jalan yang lurus maka sesungguhnya Allah SWT maha pengampun lagi maha penyayang. (surah Al- Maidah:39).
(manusia adalah hamba allah s.w.t yang lemah dan sentiasa melakukan kesilapan atau kesalahan sehingga melakukan pelbagai kemungkaran sama asa dosa kecil mahupun dosa besar. Maka sebaik-baik orang yang bersalah ialah orang yang bertaubat).

Sebagai muslim kita hendaklah sentiasa beristighfar dan memohon keampunan allah s.w.t maha mengasihi hambanya yang bertaubat.sesungguhnya nabi Muhammad s.a.w beristighfar tidak kurang 100 kali sehari semalam.


SYARAT-SYARAT TAUBAT

  1.  Menyesal terhadap maksiat yang dilakukan
  2. Berhenti melakukan maksiat dengan segera
  3. Berazam tidak akan mengulangi lagi
  4. Berterus terang memohon maaf jika berkaitan dengan hak orang lain

HIKMAH TAUBAT






KUIZ

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN : TUNTUTAN TAUBAT




99 NAMA ALLAH YANG INDAH





NASYID ASMAUL HUSNA


UNIT 1 : BERIMAN KEPADA ASMA' AL - HUSNA

MAKSUD TAUHID ASMA’ AL-HUSNA 


  •  Asma Al-Husna ialah Nama-nama Allah yg indah.
  •  Asma’ Al-Husna menunjukkan sifat kesempurnaan Allah.
  •  Asma’ Al-Husna mengandungi 99 nama Allah.

UNIT 2 : AL -WAHID (ALLAH MAHA ESA)

MAKSUD ALLAH BERSIFAT AL -WAHID


  •   Allah bersifat dengan Al-Wahid iaitu Maha Esa. Maha Esa Allah meliputi zat, sifat dan af’al .
  •   Maha Esa pada zat bermaksud bahawa Allah tidak ada perkongsian dlm memerintah & mentadbir seluruh alam, malah semua urusan dilaksanakan oleh Allah secara bersendirian. 
  •   Maha Esa pada sifat bermaksud bahawa Allah bersifat dgn sifat kesempurnaan berbeza dgn makhluk yg bersifat lemah.
  •  Maha Esa pada af’al (perbuatan) bermaksud bahawa tiada seorang pun yg boleh menyerupai perbuatan Allah. Allah sahaja yg boleh memberi rezeki, menentukan siang & malam dan sebagainya.

UNIT 3: AR-RAHMAN ( ALLAH MAHA PEMURAH )


DEFINISI AR- RAHMAN


Maksud Allah Maha Pemurah ialah Allah mengurniakan pelbagai nikmat & rezeki kepada semua makhluk tanpa mengira sama ada mereka mukmin atau kafir.


DALIL NAQLI ALLAH BERSIFAT AL-RAHMAN

Firman Allah :

.........         هو الرحمن الرحيم
Maksudnya : …….. Dialah yang Maha pemurah lagi maha penyayang.

UNIT 4: AL-RAHIM ALLAH MAHA PENYAYANG



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن الرَّحِيم
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang


 MAKSUD ALLAH BERSIFAT AR-RAHIM 
  • Ar-Rahim bermaksud Maha Penyayang. Nama Allah yang mulia ini berasal daripada perkataan rahmat yang mengandungi makna penuh kasih sayang, kebajikan dan kemuliaan.
  • Allah amat mengasihi  serta menyayangi orang yang bersikap pemurah dan penyayang terutamanya kepada orang mukmin didunia dan diakhirat.

UNIT 5: AL-HAKIM ( ALLAH MAHA BIJAKSANA )


DEFINISI AL- HAKIM


§  Maksud Allah yang bersifat al-Hakim ialah Allah s.w.t. Maha bijaksana.
§  Kebijaksanaan Allah teserlah pada  segala ciptan-Nya yang beraneka rupa di alam semesta ini. 


TANDA / BUKTI ALLAH BERSIFAT AL-HAKIM ( Maha Bijaksana):


UNIT 6: AL-'ALIM: (ALLAH MAHA MENGETAHUI)

MAKSUD ALLAH BERSIFAT AL-'ALIM
  • Al-'alim bermaksud Allah Maha Mengetahui.
  • Allah mengetahui segala-galanya tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi daripada ilmu Allah. Allah mengetahui secara terperinci setiap ciptaanNya seperti Allah mengetahui ikan ikan yang berenang di dasar lautan  luas, binatang di hutan tebal dan logam yang tertanam di perut bumi. Allah juga mengetahui semua aktiviti manusia. Setiap tutur kata dan perkara yang terlintas di hati diketahui oleh Allah.
PERBEZAAN ILMU ALLAH DAN ILMU MANUSIA

Ilmu Allah
  • Ilmu Allah meliputi semua perkara, tidak ada sesuatu perkara yang tersembunyi daripada pengetahuan Allah.
  • Ilmu Allah mutlak dan tidak bergantung kepada masa. Allah mengetahui sejarah perkembangan kehidupan manusia di alam ini sama ada yang sedang berlaku atau akan berlaku.
  • Ilmu Allah tidak memerlukan kajian kerana Allah mencipta segala-galanya.
  • Allah mengetahui perkara ghaib, malah tidak ada sesuatu yang ghaib bagi Allah
Ilmu Manusia
  • Ilmu manusia amat terbatas. Seseorang yang pakar dalam sesuatu bidang tidak pakar dalam bidang yang lain. Contohnya seseorang yang pakar dalam bidang kejuruteraan tetapi dia tidak pakar dalam bidang perubatan.
  • Kepakaran manusia bermula dengan kejahilan. Setelah belajar dan membuat kajian bertahun-tahun barulah dia mendapat sedikit kepakaran dalam sesuatu yang dikajinya.
  • Pengetahuan manusia bergantung kepada sejauh mana kebolehannya mendapat maklumat. Manusia boleh mengkaji bulan dengan teleskop, menyelam ke dasar lautan untuk menggali petroleum dan mengesan virus yang membiak menggunakan mikroskop.
  • Ilmu manusia tidak dapat menjangkau ke alam ghaib seperti alam barzakh dan akhirat.
KESAN BERIMAN DENGAN AL-ALIM
  1. Seseorang itu akan menjadi jujur dan sentiasa berasa diperhatikan oleh Allah.
  2. Takut untuk melakukan dosa.
  3. Sentiasa melakuka kebaikan walaupun kebaikan itu kecil.
  4. Orang yang berilmu akan sentiasa merendah diri.
Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 137:

وهو السميع العليم
Maksudnya: Dialah Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

AMALAN YANG BERTENTANGAN DENGAN SIFAT AL-ALIM
  • Belajar secara sambil lewa.
  • Bersikap takbur dan sombong apabila memiliki ilmu.
  • Tidak jujur dalam melakukan kebaikan.
  • Memandang ringan terhdap dosa dan kemungkaran.
  • Tidak suka memberi sumbangan ilmu dan kemahiran untuk orang lain.

UNIT 7: AL- ADLU (ALLAH MAHA ADIL)

      DEFINISI AL-’ADL (MAHA ADIL)

  • Meletakkan sesuatu di tempat yang sesuai
  •  Keadilan Allah adalah mutlak
  • Allah menyuruh manusia melakukan keadilan dan mengharamkan kezaliman

Rasulullah bersabda , Maksudnya: “Wahai hambaKu, sesungguhnya Aku haramkan kezaliman terhadap diriKu, dan Aku haramkan ia berlaku di kalangan kamu, oleh itu janganlah kau melakukan kezaliman” (Riwayat Muslim)