DEFINISI AL-’ADL (MAHA ADIL)
- Meletakkan sesuatu di tempat yang sesuai
- Keadilan Allah adalah mutlak
- Allah menyuruh manusia melakukan keadilan dan mengharamkan kezaliman
Rasulullah bersabda , Maksudnya:
“Wahai hambaKu, sesungguhnya Aku haramkan kezaliman terhadap diriKu, dan Aku
haramkan ia berlaku di kalangan kamu, oleh itu janganlah kau melakukan
kezaliman” (Riwayat Muslim)
TANDA-TANDA ALLAH SWT BERSIFAT ADIL
1. KEJADIAN MANUSIA
- Sempurna tubuh badan dan akal fikiran
- Terdapat segelintir yang cacat
- Namun Allah SWT tidak membebankan mereka dengan tugas dan tanggungjawab seperti orang sempurna
- Mempunyai keistimewaan tersendiri
2. IKLIM
- Penciptaan muka bumi dengan pelbagai iklim
- Penduduk di kawasan khatulistiwa menjadikan nasi sebagai makanan asasi kerana sesuai dengan penanaman padi
- Penduduk kawasan Mediteranian menjadikan roti sebagai makanan asasi kerana sesuai dengan penanaman gandum
3. HUKUM DAN PERATURAN
- Orang kaya diwajibkan memberi zakat
- Orang miskin berhak menerima zakat
- Wujud keseimbangan sosial jika hukum dilaksanakan
- Semua hukum dan peraturan yang ditentukan Allah adalah adil dan saksama
CIRI-CIRI ORANG YANG BERSIFAT ADIL
1. DIRI SENDIRI
• Menggunakan nikmat Allah SWT (akal, penglihatan,
pendengaran, tangan, kaki) dengan cara baik
• Tunaikan hak diri sendiri
• Menyusun jadual diri sendiri
2. MASYARAKAT
• Tenang membuat sesuatu
keputusan (siasat dan dengar dengar alasan)
• Menggunakan harta awam dengan cermat dan
teliti
• Memberi hak orang lain tanpa pilih status
3. NEGARA
• Menggunakan kemahiran kurniaan
Allah untuk membangunkan tamadun
• Memelihara kestabilan ekonomi
dengan perbelanjaan berhemat
KESAN MELAKSANAKAN SIFAT ADIL
• Negara aman tenteram
• Diberkati dan dirahmati oleh ALLAH SWT
• Dihormati dan disegani oleh orang lain
• Wujud pakar-pakar yang berdaya saing dalam
pelbagai bidang
• Masyarakat hidup dalam
perpetual dan keharmonian
AKIBAT TIDAK BERLAKU ADIL
1.Kehidupan tidak aman
2.Keharmonian masyarakat
berbilang kaum terhakis
3.Kestabilan ekonomi tergugat
4.Tidak mendapat penghormatan
orang lain
5.Mendapat kemurkaan Allah SWT
6.Berlaku perpecahan di kalangan masyarakat
1 ulasan:
mualima dah siap
Catat Ulasan